Kolej Kediaman IPGKI telah menganjurkan Program Gotong-Royong Perdana yang melibatkan seluruh siswa guru sebagai usaha memperkukuh budaya kebersihan, kerjasama dan tanggungjawab bersama dalam komuniti kampus.
Program bermula seawal jam 7.45 pagi dengan kehadiran dan perhimpunan pelajar di lokasi yang ditetapkan. Pada jam 8.00 pagi, majlis dimulakan dengan ketibaan Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar (KJ HEP), para warden serta staf HEP, diikuti dengan bacaan doa dan ucapan ringkas oleh KJ HEP yang menekankan kepentingan menjaga kebersihan kolej sebagai cerminan sahsiah bakal pendidik.
Aktiviti gotong-royong diteruskan dari jam 8.30 pagi hingga 9.30 pagi melibatkan pembersihan aras dan kawasan sekitar blok kediaman. Seterusnya, pada jam 9.40 pagi hingga 10.45 pagi, pelajar memberi tumpuan kepada pembersihan bilik kediaman masing-masing bagi memastikan persekitaran yang lebih kondusif dan selesa.
Pada jam 10.50 pagi, warden blok telah mengadakan lawatan pemeriksaan bilik sebagai pemantauan tahap kebersihan dan kekemasan. Program berakhir pada jam 11.30 pagi dengan sesi imbasan kehadiran sebelum para pelajar bersurai.
Penganjuran program ini bukan sahaja memupuk semangat kerjasama dan disiplin, malah memperkukuh nilai tanggungjawab dalam kalangan siswa guru sebagai komuniti yang prihatin dan berdaya saing.






Tiada ulasan:
Catat Ulasan