Piagam Pelanggan Jabatan Hal Ehwal Pelajar
Kami di Jabatan Hal Ehwal Pelajar komited untuk:
Menyediakan Perkhidmatan Berkualiti
Menyediakan perkhidmatan yang profesional, efisien, dan mesra kepada semua pelajar dalam segala urusan berkaitan hal ehwal pelajar, termasuk kebajikan, pembangunan sahsiah, dan aktiviti kokurikulum.Memastikan Kebajikan Pelajar Terjaga
Mengambil tindakan segera terhadap sebarang aduan atau masalah kebajikan pelajar dalam tempoh 3 hari bekerja setelah aduan diterima.Menyediakan Sokongan Akademik dan Bimbingan
Menyediakan perkhidmatan kaunseling, bimbingan akademik, dan sokongan moral secara berterusan bagi membantu pelajar mengatasi cabaran dalam pembelajaran serta kehidupan kampus.Mengurus Permohonan Bantuan Kewangan dengan Cekap
Memproses permohonan bantuan kewangan pelajar seperti biasiswa, dan bantuan one off lain seperti baucer buku, zakat dalam tempoh 7 hari bekerja selepas dokumen lengkap diterima.Menganjurkan Program Pembangunan Sahsiah dan Kepimpinan
Merancang dan melaksanakan program pembangunan diri, kepimpinan, dan kemahiran insaniah sepanjang tahun untuk membantu melahirkan graduan yang seimbang dari segi akademik dan sahsiah.Mengendalikan Urusan Penginapan Pelajar
Menyediakan dan menguruskan penginapan pelajar dengan efisien, memastikan penginapan yang selesa dan selamat untuk semua pelajar yang memerlukan dalam tempoh 3 hari selepas permohonan lengkap diterima.Menggalakkan Penglibatan Pelajar dalam Aktiviti Kokurikulum
Menyokong dan mempromosikan penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dan persatuan pelajar untuk meningkatkan kemahiran insaniah dan kepimpinan mereka.Menjawab Pertanyaan dan Memberikan Maklumat yang Tepat
Menyediakan maklumat yang tepat dan terkini mengenai perkhidmatan JHEP kepada pelajar serta menjawab sebarang pertanyaan dalam tempoh 2 hari bekerja.Mengutamakan Ketelusan dan Akauntabiliti
Mengurus segala urusan dengan penuh integriti, telus, dan bertanggungjawab demi memenuhi harapan pelanggan kami iaitu para pelajar, ibu bapa, dan masyarakat umum.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan