Misi dan Objektif Jabatan Hal Ehwal Pelajar

 

Jabatan Hal Ehwal Pelajar bertekad untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada siswa guru IPG Kampus Ipoh dengan berpandukan Misi dan Objektif jabatan bagi mencapai sasaran dan matlamat yang ditetapkan oleh IPGM seperti di bawah;

Misi 

Bertekad memberi perkhidmatan yang cekap, amanah dan proaktif selaras dengan falsafah dan wawasan IPG Kampus Ipoh.

Objektif

  1. Mengadakan program - program pembangunan insaniah yang berbentuk kepimpinan, kemasyarakatan, kesenian dan kebudayaan melalui persatuan pelajar. 
  2. Membentuk jati diri dan disiplin para siswa guru sebagai persediaan guru yang mempunyai keperibadian yang mulia.
  3. Memastikan mutu penyampaian dan kebajikan pelajar disampaikan dengan cekap dan berkesan.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Daftar

https://www.blogger.com/u/0/blog/layout/4748373973034833137?pli=1