17.01.2026 - Penyerahan dan Pemasangan Seterika dan Papan Seterika di 11 Blok Kolej Kediaman

Satu majlis penyerahan seterika dan papan seterika bagi kegunaan siswa guru di 11 blok Kolej Kediaman telah dilaksanakan di Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh sebagai usaha meningkatkan kemudahan dan keselesaan pelajar.

Penyerahan kemudahan tersebut telah disempurnakan oleh Dr. Abdul Razak bin Noruzzaman, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP) IPGKI. Dalam ucapannya, beliau menegaskan bahawa penyediaan kemudahan asas yang mencukupi adalah selaras dengan komitmen pihak pengurusan dalam menjaga kebajikan dan kesejahteraan siswa guru.

Proses pemasangan pula telah dilaksanakan oleh Unit Pembangunan, Unit Khidmat Pengurusan IPG Kampus Ipoh bagi memastikan setiap blok kolej dilengkapi kemudahan yang selamat dan teratur untuk digunakan.

Inisiatif ini diharap dapat memudahkan urusan harian pelajar serta mewujudkan persekitaran kolej yang lebih kondusif, selesa dan sistematik selaras dengan aspirasi melahirkan bakal pendidik yang berdisiplin dan berpenampilan kemas.




Kongsi:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

CARTA ORGANISASI JHEP 2026

CARTA ORGANISASI JHEP 2026

Berita Terkini

Daftar

https://www.blogger.com/u/0/blog/layout/4748373973034833137?pli=1