• ;

28.02.2026 - Majlis Berbuka Puasa di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar

Pada 28 Februari 2026, seramai 3 orang siswa guru IPG Kampus Ipoh dijemput untuk menjayakan Majlis Berbuka Puasa bersama Sultan Perak ke-35, DYMM Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah bertempat di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar. Siswa tersebut ialah: Siti Aishah binti Nor Azlishan (Y2), Nurul Ain binti Ahmad (Y9) dan Iman Khalis Khairan bin Badrul Nizam (X9) serta diiringi oleh Cik Nurul Atiqah binti Faizulzaman, Pegawai Pengurusan dari Jabatan Hal Ehwal Pelajar.


Kongsi:

25.02.2026 - Kunjung Hormat AKM Perak ke IPG Kampus Ipoh : Perbincangan Strategik Program Ukhuwwah Madani

Seksyen Belia, Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) Negeri Perak telah mengadakan kunjung hormat ke Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh bagi membincangkan pelaksanaan strategik Program Ukhuwwah Madani yang dirancang untuk dilaksanakan di kampus tersebut.

Delegasi AKM Perak telah disambut oleh pihak pengurusan tertinggi IPG Kampus Ipoh dalam suasana penuh profesional dan harmoni. Sesi perbincangan tertumpu kepada hala tuju program, objektif pelaksanaan serta bentuk pengisian yang mampu memperkasa jati diri, nilai kepimpinan dan semangat perpaduan dalam kalangan siswa guru.

Turut dibincangkan ialah aspek teknikal pelaksanaan termasuk kesesuaian lokasi, pengurusan peserta dan penyelarasan jadual program agar selari dengan takwim akademik kampus. Kedua-dua pihak menyatakan komitmen tinggi untuk memastikan program ini memberi impak yang signifikan kepada pembangunan sahsiah dan kenegaraan bakal pendidik.

Diharapkan kolaborasi strategik ini menjadi pemangkin kepada pengukuhan nilai Malaysia Madani serta mempererat jaringan kerjasama antara AKM Perak dan IPG Kampus Ipoh pada masa hadapan.


Kongsi:

13-15.02.2026 - Kursus Pemerkasaan Pemimpin Pelajar IPG Kampus Ipoh 2026

Pihak Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) Negeri Perak atas penganjuran serta kerjasama strategik dalam menjayakan Kursus Kenegaraan Malaysia MADANI: Pemimpin Pelajar IPG Kampus Ipoh yang telah berlangsung pada 13 hingga 15 Februari 2026 di Pusat Latihan Kenegaraan Ulu Kenas, Perak.

Program ini telah menghimpunkan seramai 117 orang pemimpin pelajar yang terdiri daripada Jawatankuasa Pemimpin Pelajar (JPP), Ketua Unit (KU), Penolong Ketua Unit (PKU), Ketua Blok serta barisan pemimpin mahasiswa. Kursus ini menjadi platform penting dalam memperkukuh pemahaman konsep Malaysia MADANI berteraskan Sejarah Malaysia, Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara sebagai asas pembinaan negara bangsa.

Pengisian program yang komprehensif merangkumi elemen patriotisme, pembangunan sahsiah, kepimpinan berintegriti serta pengukuhan semangat kerja berpasukan. Perkongsian bermakna melalui slot Forum Khas: Aku Kasih Malaysia turut memberi inspirasi dan menyuntik semangat cintakan negara dalam kalangan peserta.

IPG Kampus Ipoh amat menghargai komitmen dan sokongan padu pihak AKM Perak dalam memastikan kelancaran program ini. Semoga jalinan kerjasama erat ini terus diperkukuh demi melahirkan barisan pemimpin pelajar yang berwibawa, berdaya saing dan berjiwa patriotik selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.


Kongsi:

13.02.2026 - Kunjung Hormat ke Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) Negeri Perak

Pihak Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh telah mengadakan kunjungan hormat ke Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) Negeri Perak sebagai langkah memperkukuh hubungan strategik antara kedua-dua institusi.
Delegasi IPG Kampus Ipoh yang diketuai oleh Timbalan Pengarah, Dr. Murniza Binti Muhamad bersama barisan pegawai kanan kampus telah disambut mesra oleh Pengarah AKM Negeri Perak, En. Haslizar Bin Rozally serta pegawai-pegawai AKM. Sambutan penuh profesionalisme dan keterbukaan amat dihargai oleh pihak IPG Kampus Ipoh.
Kunjungan hormat ini menjadi platform penting untuk membincangkan hala tuju kerjasama serta perancangan program kenegaraan yang berimpak tinggi sepanjang tahun 2026. Perbincangan yang berlangsung dalam suasana harmoni dan konstruktif ini mencerminkan komitmen bersama dalam memperkasakan agenda pembinaan jati diri, patriotisme dan kepimpinan berteraskan nilai Malaysia MADANI dalam kalangan bakal pendidik.
Pihak IPG Kampus Ipoh merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada AKM Negeri Perak atas kesudian menerima kunjungan ini serta kesediaan untuk terus menjalinkan kolaborasi strategik yang progresif dan mampan demi pembangunan modal insan negara.



Kongsi:

06-08.02.2026 - Bengkel Asas Permainan Hoki dengan kerjasama Akademi Hoki AHF Raja Ashman Shah

IPG Kampus Ipoh telah menganjurkan Bengkel Asas Permainan Hoki dengan kerjasama Akademi Hoki AHF Raja Ashman Shah pada 06 hingga 08 Februari 2026. Bengkel ini melibatkan seramai 24 orang pelajar Major Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan (PJK) sebagai usaha memperkukuh kemahiran asas serta metodologi pengajaran permainan hoki dalam kalangan bakal guru.

Program selama tiga hari ini memberi penekanan kepada aspek teori dan praktikal. Hari pertama dimulakan dengan sesi pendaftaran dan pengenalan program, diikuti slot Fundamental of Hockey yang membincangkan asas permainan, peraturan, posisi pemain serta teknik pegangan kayu hoki yang betul.

Pada hari kedua, peserta mengikuti sesi Methodology of Hockey yang memfokuskan pendekatan dan kaedah pengajaran hoki secara sistematik dan berkesan di sekolah. Sebelah petang diteruskan dengan sesi praktikal di stadium bagi mengaplikasikan teknik asas seperti hantaran, menerima bola dan kawalan bola. Pada waktu malam, peserta didedahkan dengan Basic Technical in Hockey yang memperincikan kemahiran teknikal serta strategi asas permainan.

Hari ketiga menyaksikan sesi praktikal lanjutan di stadium dan aktiviti mini game bagi menguji kefahaman serta penguasaan kemahiran yang telah dipelajari. Program diakhiri dengan majlis penutup sebagai simbolik penghargaan kepada semua peserta dan penganjur.

Secara keseluruhannya, bengkel ini berjaya meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan keyakinan pelajar dalam mengendalikan pengajaran hoki secara profesional, selaras dengan keperluan kurikulum Pendidikan Jasmani di sekolah. Diharapkan kerjasama strategik ini dapat diteruskan pada masa akan datang demi melahirkan guru yang kompeten dan berkemahiran tinggi dalam bidang sukan.


Kongsi:

CARTA ORGANISASI JHEP 2026

CARTA ORGANISASI JHEP 2026

Berita Terkini

Daftar

https://www.blogger.com/u/0/blog/layout/4748373973034833137?pli=1