Program Be$mart Literasi Kewangan telah diadakan pada 6 Oktober 2024 (Ahad) dan melibatkan 77 pelajar dari Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Ipoh. Program ini dianjurkan oleh CIMB Foundation bersama NGO Financial Faiz, bertujuan memberikan pengetahuan tentang pengurusan kewangan, termasuk mengurus pendapatan, memenuhi keperluan dan kehendak, menabung, serta mengelakkan penipuan dalam talian. Selain itu, pengurusan hutang turut menjadi fokus. Kuiz Kewangan diadakan di akhir seminar, di mana pelajar IPGMK Ipoh memenangi pelbagai hadiah menarik. Diharapkan program ini membantu pelajar menjadi guru yang bijak kewangan dan bebas masalah kewangan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan