08 Januari 2024 - Jabatan Hal Ehwal Pelajar dengan kerjasama Jabatan Kecemerlangan Akademik telah mengadakan Program Pengukuhan Budaya melibatkan semua pelajar Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Ipoh. Pengisian program antaranya adalah Ucapan Amanat daripada YBrs. Dr. Abdul Razak bin Norruzaman Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar yang baharu, Taklimat Unit-Unit HEP berkaitan dengan pengurusan Disiplin dan Kebajikan, Pengurusan Program Pembangunan Insaniah, Kolej Kediaman dan Urusan berkaitan Sesi Interaksi Akademik tahun 2024.
Program setengah hari ini dijalankan mengikut unit yang bertujuan memberikan informasi yang terkini dan peraturan yang perlu dipatuhi oleh semua pelajar IPGMKI. Interkasi dua hala ini bukan sahaja mampu membentuk budaya yang harmoni dalam kalangan pengurusan kampus dan para pelajar malah mampu memberi gambaran jelas yang perlu dicapai oleh semua pelajar IPGMKI dalam tahun 2024. Semoga kecemerlangan dalam prestasi akademik dan bukan akademik seperti kelab persatuan dan kokurikulum dapat dicapai dengan jayanya pada tahun ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan