06-08.06.2023 - Program Kesihatan Pergigian untuk Bakal Guru Peringkat Negeri Perak

8 JUN 2023 - Program 3 hari ini mensasarkan 260 orang bakal guru (Unit V) dari IPG Kampus Ipoh bertujuan memberi kefahaman serta kesedaran menyeluruh tentang keperluan penjagaan kesihatan gigi yang betul dan berkesan kepada bakal guru untuk diaplikasikan kepada murid di sekolah kelak.

Program ini turut menyelitkan pertandingan penyediaan video kreatif penjagaan gigi, aplikasi tik tok kesihatan gigi, ujian pra dan pasca kurus serta pemilihan pemenang gigi tercantik juga senyuman menawan.

Program anjuran Bahagian Kesihatan Pergigian Negeri Perak dan Pejabat Kesihatan Gigi Daerah Kinta dengan kerjasama IPG Kampus Ipoh ini melibat 18 orang fasilitator dalam kalangan doktor dan pegawai pergigian.

Perasmian penutupan disempurnakan oleh Dr Salleh bin Zakaria, Timbalan Pengarah Pergigian Negeri Perak.

Tahniah kepada semua peserta dan penganjur









 

Kongsi:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Daftar

https://www.blogger.com/u/0/blog/layout/4748373973034833137?pli=1