13.04.2023 - Program Negaraku Harmoni dan Iftar Perdana 2.0

I-Lead Kementerian Belia dan Sukan Malaysia dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPGKI telah menjalankan Program Negaraku Harmoni kepada semua pelajar yang tinggal di Kolej Kediaman. Slot Ceramah yang bertajuk "Belia Membangun Negaraku Harmoni" disampaikan oleh YBrs. Encik Kishore Kumar A/L Ayyawoo, Pensyarah ILP Ipoh. Pertandinga

n kuiz turut dilaksanakan oleh pegawai I-Lead KBS selepas sesi ceramah. Program disambung dengan Majlis Berbuka Puasa dan Solat Tarawih bersama tetamu jemputan dari Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, Institut Pendidikan Guru Malaysia dan Pengurusan Tertinggi IPGK Ipoh. 

Perjalan program berjalan dengan baik dibawah pengurusan Sekretariat Negaraku Madani IPG Kampus Ipoh dan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPGKI Sesi 2023/2024. 









Kongsi:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Daftar

https://www.blogger.com/u/0/blog/layout/4748373973034833137?pli=1