LAPORAN PILIHAN RAYA PELANTIKAN JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR IPG KAMPUS IPOH SESI 2021/2022

PROGRAM :  Pilihan Raya Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPG Kampus Ipoh Sesi 2021/2022

TARIKH       : 16 Mac 2021 – 26 Mac 2021

TEMPAT     : Dewan Seri Tanjung

ANJURAN   : Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPG Kampus Ipoh

1.0. NAMA PROGRAM

Pilihan Raya Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPG Kampus Ipoh Sesi 2021/2022

2.0 PENGANJUR

Jabatan Hal Ehwal Pelajar

3.0 TARIKH

24 Mac 2021-26 Mac 2021

4.0 TEMPAT

Dewan Seri Tanjung

5.0 JUMLAH CALON

141 Calon

6.0 PENGISIAN PROGRAM

6.1 AKTIVITI SEPANJANG PROGRAM

            Pilihan Raya Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPG Kampus Ipoh Sesi 2021/2022 dianjurkan bagi memberi peluang kepada pelajar menggunakan hak mereka untuk memilih pemimpin yang berkelayakan dan dipercayai. Oleh itu, individu yang paling banyak mendapat kepercayaan pelajar berhak untuk menggunakan mandat itu selama setahun atau sehingga pilihanraya seterusnya diadakan. Melalui Pilihanraya Kampus sesi 2021/2022 ini, pelatih guru dapat melantik Jawatan Perwakilan Pelajar IPG Kampus Ipoh bagi Sesi 2021/2022. Memberi peluang kepada pelajar memilih wakil mereka melalui sistem demokrasi yang adil dan berkesan dan melahirkan para siswa yang matang dan faham akan keperluan dan kepentingan kepimpinan dalam kalangan siswa. Di samping itu, mendidik kemahiran komunikasi dan stail kepimpinan seseorang sebelum melangkah ke alam pekerjaan.

            Terdapat 27 kerusi yang dipertandingkan iaitu 7 Kerusi untuk Ahli Majlis Tertinggi dan 20 Kerusi untuk Ahli Majlis Mesyuarat. Bermula pada 16 Mac sehingga 22 Mac 2021, nama-nama pencalonan telah diterima. Setiap kelas telah menghantar penyertaan sekurang-kurangnya 3 orang dan mencalonkan diri di platform google form. Seramai 141 calon telah bertanding untuk merebut peluang ini iaitu bagi AMM seramai 123 calon dan AMT seramai 18 calon. Oleh kerana musim pandemik maka kempen poster-poster calon dilakukan di atas talian seperti Facebook, Instagram dan dimana-mana rangkaian serta menampal di blok-blok asrama sahaja. Youtube Live merupakan medium bagi membolehkan semua siswa-siswa di luar kampus dapat sama-sama menyokong serta memeriahkan perjalanan Malam Manifesto serta Hari pengundian.

            Malam Manifesto telah diadakan pada 23 Mac 2021 dan 24 Mac 2021 jam 9.00 malam bertujuan untuk mempromosikan manifesto serta bakat untuk meraih undian daripada pengundi. Malam Manifesto diadakan dua malam berturut-turut. Oleh kerana musim pandemik maka tidak semua calon dapat mempersembahkan manifesto secara bersemuka. Penjarakan sosial diutamakan oleh itu hanya 200 kerusi disediakan untuk penonton malah terdapat calon yang memaparkan video persembahan mereka ketika malam manifesto yang dimainkan oleh AJK Media dan Informasi.

            Pada 26 Mac 2021 merupakan Hari Pembuangan Undi untuk calon-calon yang bertanding. Pada jam 3.00 petang, proses pengundian bermula. Pengundian bagi tahun ini dilaksanakan secara atas talian dengan cara mengimbas QR Code yang disediakan oleh Unit Data dan Logistik. Pra-Simulasi Pembuangan Undi telah dijalankan pada malam pertama Manifesto. Proses pengundian terbahagi kepada dua kategori iaitu bagi pelatih guru yang berada di IPG, mereka perlu ke Dewan Seri Tanjung untuk mengundi. Setiap sesi dijalankan selama 20 minit iaitu pada jam 3.00 petang – 3.20 petang U1 sehingga v1, 3.20 petang - 3.40 petang V2 - V11, 3.40 - 4.00 petang V12-W11 dan jam 4.00 – 4.20 petang T1 – T13. Masa yang selebihnya diberikan untuk siswa-siswi yang kelewatan ke Dewan Seri Tanjung.  Bagi siswa-siswi yang berada di kediaman masing-masing, AJK Data dan Logistik telah menghantar QR Code ke dalam emel epembelajaran masing-masing. Seramai 1224 orang telah mengundi pada tahun ini.

            Pada jam 5.00 petang – 6.00 petang sesi mengira undi dijalankan. Masa yang diambil cepat berbanding pada tahun-tahun sebelumnya. Majlis Pengumuman Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPG Kampus Ipoh diadakan pada jam 9.00 malam hari yang sama. Perasmian dan pengumuman disampaikan oleh Tuan Pengarah, Dr Yahya bin Osman. Majlis berlangsung dengan sangat meriah dengan kehadiran semua siswa untuk memeriahkan majlis meskipun tempat adalah terhad. Akhirnya, majlis diakhiri sesi fotografi bersama tuan pengarah, ketua jabatan HEP ahli jawatankuasa HEP.

            Konkluksinya, Pilihan raya pada kali ini memberikan norma baharu buat warga IPG Kampus Ipoh dalam menghadapi pandemik Covid-19. Walaupun proses pengundian berbeza pada kali ini namun semua siswa memberikan Kerjasama yang padu semasa proses pengundian berlangsung. Tambahan pula, semua SPRK menjalankan tugas dengan dedikasi dalam menggerakkan Pilihan Raya ini dengan medium dan teknik baharu. Pelbagai aplikasi telah digunakan terutamanya Youtube Live, WhatsApps, Telegram dan Google Form untuk memastikan semuanya berjalan dengan lancar. Bagi AMM dan AMT yang baharu bagi sesi 2021/2022 diharapkan agar siswa-siswi ini dapat menjalankan tanggungjawab dan amanah dengan penuh dedikasi dan komited dalam melaksanakan tugas dalam biro masing-masing kerana siswa-siswi ini dipercayai oleh semua warga IPG untuk memikul amanah ini. Jutaan terima kasih kepada semua SPRK, siswa-siswi dan warga IPG yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam pilihan raya ini.

 

PERATUSAN UNDIAN BAGI AMM DAN AMT

KEPUTUSAN RASMI PEILIHAN RAYA KAMPUS INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH 2021

BIL

AHLI MAJLIS TERTINGGI

JUMLAH UNDI

1

HASNUL ADLI BIN ISHAK (U3)[T02]

830

2

MUHAMMAD FARHAN BIN MOHAMMAD FUZI (V12)[T08]

669

3

CIK AHMAD FAQIEH BIN CIK SIPU LIZA (V13)[T10]

667

4

MUHAMAD ADAM SYUKRI BIN MOHAMED ZAID (U3)[T03]

625

5

WOI MIN XUAN (V10)[T05]

582

6

NOOR ADIBAH BINTI ISMAIL (V12)[T01]

574

7

MUHAMMAD FAUZAN AMIR BIN KAMARUDIN (U2)[T01]

552

 

BIL

AHLI MAJLIS MESYUARAT

JUMLAH UNDI

1

MUHAMMAD TARMIZI BIN MUHAMAD SABRI (U4)[M007]

495

2

LUTFIL HADI BIN ABDUL RAZIF (U5)[M008]

392

3

VOO KON VUN (W7)[M098]

372

4

AMIRA ROSNINI BINTI SHARIZAL (U5)[M010]

344

5

MOHAMAD IZHAM BIN MAT LAPI (V18)[M034]

333

6

TAN VI NIE (W7)[M069]

326

7

NURUL YASMIN SURAYA BINTI ROSLI (U7)[M014]

317

8

CHONG YAN QI (W14)[M071]

306

9

MUHAMMAD HAIKAL BIN SYAMSUL NIZAR (V14)[M028]

295

10

ANIS AIESYA QASANDRA BINTI AMIR 9U70[M016]

288

11

MUHAMMAD ADIB AZHARI BIN SAMSOL (V17)[M048]

284

12

LAW INVEST (W7)[M096]

283

13

RUTH TAN SHI JIE (W14)[M069]

283

14

MUHAMMAD BADRUL SYAHMI BIN ZAINUDDIN (V70[M048]

280

15

MUHAMMAD DANIEL ANAS BIN HASSAN (V13)[M027]

278

16

AISYAH RADHIAH BINTI MOHD NASIR (U7)[M015]

275

17

NUR IQLYMA BINTI SAHARUDDIN (U3)[M005]

268

18

TOK CEN YING 9W70[M097]

266

19

MUHAMMAD HAFIZ AIZAD BIN SHAARI (V160[M032]

262

20

TAN HONG XUAN (V15)[M031]

258

 

 

6.3 GAMBAR-GAMBAR PROGRAM












Kongsi:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Daftar

https://www.blogger.com/u/0/blog/layout/4748373973034833137?pli=1