Program rakaman takbir raya dan agihan juadah sahur pada 29 dan 30 Mac 2024 di IPGMKI sememangnya satu inisiatif yang sangat bermakna oleh Gerakan Mahasiswa Perak (GMPk). Dengan kerjasama dari 30 sukarelawan dari IPGM Kampus Ipoh. program ini berjaya menyediakan 399 pek makanan untuk diagihkan kepada mahasiswa IPGMKI, gelandangan, serta petugas barisan hadapan di Bandaraya Ipoh. Inisiatif ini bukan sahaja membantu mereka yang memerlukan, tetapi juga mengeratkan lagi hubungan antara para mahasiswa dan masyarakat sekitar. Semoga usaha sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang.
23-25.03.2024 - Program MYSaved Food @Bazar Ramadan Taman Perpaduan
Program MYSaved Food @Bazar Ramadan Taman Perpaduan pada 23 hingga 25 Mac 2024, melibatkan 10 pelajar dari Kelab Gerakan Pengguna Siswa, Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Ipoh (IPGMKI). Program ini dianjurkan oleh Pemuda Gema melalui inisiatif MySave Food Projek dan turut disokong oleh KPDN Perak. Melalui program ini, para pelajar berpeluang untuk mempelajari pengurusan keselamatan makanan dan kepenggunaan sambil membantu mengurangkan pembaziran makanan di bazar Ramadan. Semoga pengalaman yang diperoleh memberi manfaat kepada para pelajar dan menginspirasikan lebih banyak inisiatif yang serupa di masa hadapan.
13-14.03.2024 - Bengkel Minecraft Teacher Academy (MTA)
Bengkel Minecraft Teacher Academy (MTA) adalah hasil kerjasama antara Pn. Umaimah dari Unit Pengajian Inggeris, Jabatan Bahasa, dan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPGMK Ipoh. Program ini telah berlangsung pada 13 hingga 14 Mac 2024, melibatkan 40 orang pelajar dari IPGM Kampus Ipoh. Diharapkan program ini memberi manfaat kepada para pelajar IPGM Kampus Ipoh dalam mengamalkan pembelajaran digital yang lebbig kompeten.